About Me

My photo
simple life make me work harder..

Wednesday 30 May 2012

saya rindu kamu..^^

--->ShaLLom<---

terasanya malam ini aku terbuka lagi untuk menyesakkan blog aku dengan coretan-coretan yang tidak memberi manfaat kepada anda semua...fikiran ku masih bercelaru dan suasana hidup ku amat berbeza sepertinya aku baru saja mengenali dunia yang penuh pancaroba ini... hari-hari ku terasa suram dan aku bukan aku lagi kerana aku sendiri tidak mengenali sikap baru yang menghantui hidup ku...'ahh, tak perlu aku fikirkan perkara sekecil ini'...bisik ati ku...namun jauh di sudut hati yang dalam ini hati ku berbisik 'aku sangat merindui engkau wahai bunga'...tidur dan makan ku cukup dengan mengingati semua memori yang pernah kita lalui walaupun memori itu hanya lah seperti setitik air yang menitik di bumi...

uhh...:-(...aku perlu tau...yang indah hanya sementara dan sengsara sebahagian daripadanya...pa yang pasti setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan akan terselit kenangan...

sejauh mana pun aku meluah perasaan di alam maya ini keadaannya akan tetap sama kerana hati yang merasa bukan teknologi...namun kepada siapa lagi aku mampu mengadu???ahh, life must go on...sepertinya otak ku sudah terbeku untuk menulis lebih panjang mengenai hati dan perasaan ku...ku simpan semua kenangan dan ku tumpukan kepada final exam yang bakal aku tempuhi pada minggu hadapan...aku harus teruskan kerana masa depan adalah pasti...semoganya aku diberi kekuatan dan kesempatan untuk menempuhi sisa-sisa perjuangan ku sebelum aku mengakhiri semester yang kelam ini...

ahh...indahnya cobaan yang engkau berikan, buat aku merasa dunia bukan milik ku dan takdir engkau yang tentukan...sebelum aku menutup kisah ini ingin ku nyatakan lagi bahawa insan yang lemah ini merindui mu wahai wanita...mungkin membisu dan mendiamkan diri adalah cara terbaik untuk kita memberi ruang dan peluang kepada diri masing-masing agar dapat melupakan semua yang terpendam...sekian sampai di sini...:-(